Beckham terpukau keindahan Kuala Lumpur, KLCC

Iklan
Tangkap layar hantaran Beckham di Instagram miliknya.

LEGENDA Manchester United, David Beckham mengakui teruja dengan keindahan pemandangan Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Menerusi laman Instagramnya, Beckham yang berada di Kuala Lumpur memuat naik gambar dirinya berlatar belakang KLCC pada waktu malam.

Iklan
Iklan

"Maksud saya...wow...pemandangan yang cantik, bandar yang hebat," tulisnya dalam Instagram miliknya.

Difahamkan, bekas pemain sayap England itu tiba pada Rabu dan bakal membuat kemunculan di The Exchange TRX pada Khamis.

Iklan

Dia akan akan berada di majlis 'The World of the Predator Exhibition' untuk mengimbas sejarah 30 tahun but bola sepak dikeluarkan jenama gergasi, Adidas.

Kedatangan Beckham ke Kuala Lumpur juga membuatkan ramai peminat dan tidak ketinggalan artis membanjiri ruangan komen Instagramnya.

Iklan

Antara yang meninggalkan komen adalah pelakon Hairul Azreen yang mengajak Beckham untuk 'lepak' di restoran mamak.

"Mana? Lepak mamak jom," tulisnya.

Selain itu, Wak Doyok menulis:"Esok KL cuti bro. Jom ride Harley Davidson pusing KL," katanya.