Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak

Iklan
Pempengaruh dan model dari Brazil, Amanda Kimberlly (kanan) mendakwa hamil anak Neymar. Foto Agensi

BINTANG bola sepak Brazil, Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.

Sebelum ini, media Brazil mendedahkan, Neymar mempunyai hubungan sulit dengan pempengaruh, Amanda Kimberlly ketika dia masih bersama bekas teman wanitanya, Bruna Biancardi.

Iklan
Iklan

Beberapa media Brazil turut melaporkan, Kimberlly kini hamil empat bulan dan Neymar dikatakan cukup terkejut dengan berita kehamilan model kelahiran Brazil itu.

Sekalipun terkejut dengan berita tersebut, Neymar bersedia menerima bayi berkenaan, namun dia mahu ujian DNA dijalankan sebaik Kimberlly bersalin.

Iklan

Pada Oktober tahun lalu, Neymar menyambut kelahiran anak keduanya, Mavie sebelum dia membuat keputusan berpisah dengan Biancardi sebulan kemudian.

Neymar yang kini menyarung jersi kelab Arab Saudi, Al-Hilal turut mempunyai seorang anak lelaki hasil hubungan dengan pempengaruh dari Brazil, Carolina Dantas. - Agensi

Iklan