Anugerah Grammy perkenal kategori muzik Afrika

Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Rakaman Harvey Mason Jr. mengumumkan kategori baharu iaitu Rakaman Pop Dance Terbaik dan Album Jazz Alternatif Terbaik.

UNTUK pertama kali, kategori muzik Afrika diperkenalkan di Anugerah Grammy termasuk tiga kategori baharu untuk anugerah tahun ini, termasuk 'Prestasi Muzik Afrika Terbaik' menampilkan beberapa bintang global Afrobeats.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Rakaman, Harvey Mason Jr dalam satu kenyataan mengumumkan pengenalan termasuk kategori baharu iaitu Rakaman Pop Dance Terbaik dan Album Jazz Alternatif Terbaik.

Iklan
Iklan

"Penambahan kategori Prestasi Muzik Afrika Terbaik berikutan peningkatan pesat populariti global Afrobeats. Hanya di Spotify, aliran Afrobeats telah meningkat lebih daripada 550 peratus sejak 2017, menurut platform tersebut, menjadikannya salah satu"genre yang berkembang paling pesat," katanya.

Menjelang Anugerah Grammy 2024 pada 4 Februari di Los Angeles, berikut merupakan beberapa info yang perlu diketahui mengenai calon Kategori Persembahan Muzik Afrika Terbaik yang berpotensi mencipta sejarah.

Iklan

Arya Starr

Oyinkansola Sarah Aderibigbe, juga dikenali sebagai Ayra Starr, dinominasikan menerusi single"Rush," yang terkandung dalam album studio sulungnya"19 & Dangerous."

Iklan

Lagu ini menduduki carta secara global, menjadi viral dengan cabaran tarian di TikTok, disenaraikan dalam senarai mainan tahunan bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, untuk tahun 2022, dan kini telah mencapai lebih 300 juta penstriman di Spotify serta hampir 300 juta tontonan di YouTube.

Asake & Olamide

Dua penyanyi berpengaruh Nigeria ini masing-masing mencatatkan pencalonan pertama mereka menerusi lagu hit mereka"Amapiano." Asake, yang nama sebenarnya ialah Ahmed Ololade, memiliki album sulung Nigeria dengan kedudukan tertinggi dalam sejarah carta Billboard pada tahun 2022 dengan albumnya"Mr. Money with the Vibe."

Lagu yang dinominasikan untuk Grammy ini adalah single ketiga daripada album keduanya,"Work of Art," dan ia memperingati Amapiano - genre muzik Afrika lain yang mendapat populariti dan pujian di seluruh dunia.

Tyla

Tyla, penyanyi berusia 21 tahun dari Afrika Selatan, dinominasikan menerusi lagu hit,"Water," yang mencetuskan gerakan tarian viral selepas dilancarkan pada tahun 2023.

Beliau menggambarkan genre muziknya sebagai"Popiano" — satu perpaduan antara genre Amapiano Afrika Selatan dan muzik pop."Water" adalah single pertama dari album studio sulungnya,"Tyla," dan merupakan lagu yang menduduki tangga lagu tertinggi oleh seorang artis solo dari Afrika Selatan di Billboard Hot 100.

Burna Boy

Burna Boy atau sebenarnya ialah Damini Ebunoluwa Ogulu, dinominasikan untuk empat Grammy tahun untuk kategori Album Muzik Global Terbaik, Persembahan Rap Melodik Terbaik, Persembahan Muzik Global Terbaik, dan Persembahan Muzik Africa Terbaik serta akan membuat persembahan di anugerah tersebut.

Bukan kali pertama beliau berada dalam gelanggang anugerah, beliau telah memenangi Grammy Album Muzik Global Terbaik pada tahun 2021 untuk album"Twice as Tall." - Awani