'Saya minta maaf' - Mark Zuckerberg

Iklan
Zuckerberg ketika menghadiri pendengaran Jawatankuasa Kehakiman Senat Amerika Syarikat (AS) pada Rabu. - Agensi

WASHINGTON - Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg secara terbuka meminta maaf kepada keluarga kanak-kanak yang mengalami gangguan di platform media sosial ketika pendengaran Jawatankuasa Kehakiman Senat Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

"Inilah sebabnya kami telah melabur begitu banyak dan akan meneruskan usaha bagi memastikan tiada siapa yang perlu mengalami perkara yang keluarga anda alami," kata Zuckerberg.

Iklan
Iklan

Zuckerberg berkata demikian di hadapan keluarga kanak-kanak yang meninggal dunia atas sebab yang mereka dakwa berkaitan dengan media sosial.

Sebelum itu, Zuckerbeg telah diasak dengan beberapa pertanyaan daripada Senator Josh Hawley yang mewakili parti Republikan dari Missouri.

Iklan

Hawley berulang kali bertanya kepada Zuckerberg sama ada dia merancang atau sudah memberi pampasan kepada kanak-kanak terlibat atau keluarga mereka yang 'didera' di media sosial.

"Terdapat keluarga mangsa di sini hari ini? Adakah anda (Zuckerberg) meminta maaf kepada mangsa? Adakah anda mahu melakukannya sekarang?

Iklan

"Adakah anda mahu meminta maaf sekarang kepada mangsa? Adakah anda akan meminta maaf atas tindakan anda terhadap orang-orang yang baik?

"Anda tidak melakukan apa-apa untuk memberi pampasan kepada mereka. Anda tidak melakukan apa-apa untuk memperbaikinya," tegas Hawley.

Selain Zuckerberg, Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Discord, Snapchat dan X (dahulunya Twitter) turut memberi keterangan pada pendengaran Jawatankuasa Kehakiman Senat AS itu.

Semasa perbicaraan, Hawley telah 'menekan' Zuckerberg mengenai kemudaratan penggunaan media sosial secara berlebihan dalam kalangan kanak-kanak sehingga mengundang impak negatif termasuk membunuh diri. - Agensi