Pelancongan Pekan Sungai Lembing

Iklan
Sekumpulan pelancong menunggang basikal sewa meninjau keunikan pekan Sungai Lembing yang masih mengekalkan bangunan asalnya, hari ini.

Sungai Lembing memang tidak asing lagi kerana sinonim dengan aktiviti perlombongan bijih timah tersohor suatu ketika dahulu. Mencapai zaman kegemilangan sekitar tahun 1940-an dan 1950-an kerana ketika itu ia adalah lokasi lombong bijih timah bawah tanah terbesar di dunia. Bagaimanapun lombong itu terpaksa ditutup pada tahun 1986 kerana kos operasinya yang tinggi dan kejatuhan harga bijih timah. Sebuah pekan kecil yang terletak lebih kurang 50 kilometer dari bandar Kuantan, ia menyimpan seribu satu kisah sejarah berkaitan perlombongan yang mula menjalankan operasi sekitar tahun 1906. Kini Sungai Lembing menjadi salah saru destinasi pelancongan di Pahang dan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 kehadiran anda amat dialukan. - Foto Bernama