Sultan Ibrahim terima menghadap PM di Istana Negara

Iklan
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Khamis berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara pada Khamis. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Khamis berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, di sini.

Dalam catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, ia merupakan tugas pertama Seri Paduka Baginda selepas melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, semalam.

Iklan
Iklan

Turut dimuat naik gambar pertemuan berkenaan.

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, Selasa lalu, selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 31 Januari 2019. - Bernama

Iklan
Iklan