Amaran hujan lebat, ribut petir di lapan negeri

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri sehingga pukul 9 malam Khamis.

Jabatan itu menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, amaran tersebut dikeluarkan ekoran ramalan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri antaranya Kedah melibatkan Bandar Baharu dan Perak (Kerian, Larut, Matang, Selama, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Iklan
Iklan

Selain itu di Selangor melibatkan beberapa daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang manakala Negeri Sembilan di Seremban dan Pahang (Jerantut).

Negeri lain yang terlibat termasuk Johor (Pontian dan Johor Bahru), Sarawak (Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang) serta Putrajaya.

Iklan

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," menurutnya.

Iklan