KUCHING - Seorang penjawat awam lelaki di Miri, bahagian utara Sarawak, kerugian RM12,000 akibat terpedaya dengan sindiket Love Scam selepas berkenalan dengan seorang wanita menerusi laman sosial Instagram.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, berdasarkan laporan kelmarin, mangsa berusia lingkungan 20-an telah berkenalan dangan seorang wanita melalui aplikasi Instagram dan seterusnya berhubung melalui WhatsApp.
Iklan
Iklan
"Mangsa telah diperdaya oleh suspek dengan alasan boleh mendapatkan bantuan pinjaman wang.
"Mangsa kemudian hanya menyedari dirinya telah ditipu selepas suspek berterusan meminjam wang mangsa sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM12,000,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Alexson berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang boleh membawa kepada hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun, sebatan dan juga denda jika disabitkan kesalahan. - Bernama