Tambah kuota import berisiko jejas bakat skuad negara

Iklan
JDT berada di ranking ke-11 dalam kalangan pasukan Asia dengan mengutip 38 mata. - Foto Bernama

PENAMBAHAN enam import berbanding lima import yang boleh beraksi di atas padang pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan bakal merisikokan bakat pemain untuk Harimau Malaya pada masa depan.

Pemerhati sukan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, beberapa posisi yang kritikal dalam pasukan negara seperti pertahanan dan serangan akan berdepan masalah sekiranya tiada ruang diberikan kepada pemain tempatan untuk menyerlah.

Iklan
Iklan

"Pengumuman MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) ini sudah tentu akan ada positif dan negatifnya. Kalau kita lihat pasukan nak ambil import sudah tentu mereka akan ambil pemain di bahagian pertahanan dan penyerang.

"Ini sudah tentu akan merugikan dalam mencungkil bakat pemain yang baik di posisi tersebut. Ia akan mengundang kesukaran kepada pasukan negara pada masa akan datang,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Iklan

Sebelum ini, MFL telah membenarkan enam import beraksi di atas padang berbanding lima pemain pada musim lalu.

Keputusan itu selepas permintaan daripada beberapa kelab menyaksikan enam pemain import (iaitu 4 1 (Asia) 1 (Asean) dibenarkan berada di atas padang pada satu-satu masa dengan seorang pemain di bangku simpanan.

Iklan

MFL juga turut membenarkan tambahan satu kuota import untuk pasukan yang beraksi di Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), ACL2 dan juga pertandingan kelab ASEAN (AFF) musim depan.

Bagaimanapun, Pekan berkata, kehadiran lebih ramai import itu perlu diambil sebagai cabaran oleh pemain tempatan untuk meningkatkan kualiti permainan.

Malah, beliau percaya, pasukan dari Liga-M juga akan mampu untuk lebih berdaya saing pentas Asia,

"Inilah realitinya dalam bola sepak moden dan pemain tempatan itu perlu berusaha untuk menjadi lebih kompetitif merebut kesebelasan utama.

"Dalam masa sama, jika kekurangan pemain import, pasukan yang beraksi di Asia akan sukar untuk mara melepasi pusingan peringkat kumpulan di Asia.

"Dengan kehadiran ramai import itu akan memastikan kehadiran pasukan dari Malaysia di pentas Asia akan menjadi lebih berkualiti dan mampu memberikan cabaran,” katanya.