Peranan KWAP dalam krisis pencen
Iklan
TOKOH penyatuan Jerman moden, juga pelopor negara kebajikan pertama dunia, Otto von Bismarck pernah berkata tentang jaringan keselamatan sosial:"Sebuah pemerintahan tidak boleh goyah setelah ia menetapkan haluannya. Ia tidak boleh melihat ke kiri atau ke kanan tetapi harus terus maju."
Sekarang melangkaui lebih 150 tahun, kata-kata itu masih tegar di ambang krisis persaraan negara. Jaringan keselamatan sosial Malaysia – di mana jaminan saraan berdiri sebagai tonggak – sedang berada di persimpangan yang menggerunkan. Imbasan semasa menunjukkan kerajaan masih tidak bersedia untuk menangani krisis persaraan sektor awam – apatah lagi swasta.