'Ingatkan perompak larikan peti ais, rupanya...'

Iklan
Fairbrother berhasrat mahu memecahkan Rekod Dunia Guinness. Foto Agensi

LONDON - Seorang lelaki di Britain ditahan pihak polis gara-gara membawa peti sejuk yang diikat pada belakang tubuhnya setelah pihak berkuasa pada mulanya menyangka dia melakukan jenayah.

Daniel Fairbrother menjelaskan dia sedang berlatih larian maraton ketika insiden dianggap memalukan olehnya di Stevenage, Hertfordshire itu.

Iklan
Iklan

"Saya diperlakukan seperti 'penjenayah' kerana tindakan yang agak mencurigakan itu.

"Maklumlah mereka tidak pernah melihat insiden seperti itu.

Iklan

"Anggota polis berkenaan hanya menjalankan tugas mereka," kata Fairbrother.

Menurutnya, peti ais itu yang digelar Tallulah merupakan 'tribute' kepada adegan filem Cool Runnings yang membantunya untuk mempersiapkan fizikal dan mental bagi menyertai Maraton London.

Iklan

"Saya berhasrat untuk memecahkan Rekod Dunia Guinness untuk kategori maraton terpantas sambil membawa peralatan rumah untuk mengumpulkan dana bagi badan amal, Diabetes UK," ujarnya lagi sambil menambah dia cuba menyahut cabaran itu sebagai tanda sokongan kepada sahabatnya, Sam yang menghidap diabetes jenis satu.

Rekod terkini dipegang rakan senegaranya, Sam Hammond pada Februari 2023 yang mencatatkan masa selama dua jam, empat minit dan 13 saat. - Agensi