Tiada pilih bulu, MBI pegang janji pindahkan penjaja Padang Polo

Iklan
Situasi peniaga di sekitar Padang Polo. - Foto Astro AWANI

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menafikan dakwaan beberapa penjaja di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo bahawa pihaknya bersikap berat sebelah serta pilih bulu dengan menawarkan hanya penjaja tertentu di lokasi baharu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pihaknya tetap berpegang pada janji untuk menempatkan para penjaja di lokasi baharu dikenali sebagai 'Saji Sejahtera@Polo'.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun jelasnya, kekangan kawasan menyebabkan MBI tidak dapat memindahkan atau menawarkan lokasi baharu kepada semua, termasuk peniaga baharu.

Situasi peniaga di sekitar Padang Polo. - Foto Astro AWANI

Katanya lagi, keutamaan diberikan kepada penjaja lama dan penjaja tegar memandangkan MBI telah pun membuat kajian serta bancian sekitar tiga hingga lima tahun lalu.

Iklan

Justeru, penjaja baharu dimasukkan dalam senarai simpanan.

"MBI masih berpegang pada janji yang lalu untuk memindahkan peniaga tanpa lesen ke lokasi baru yang terletak tidak jauh dari lokasi ketika ini.

Iklan

"Lokasi baru dijangka siap sepenuhnya dalam bulan Februari ini, dikenali sebagai ‘Saji Sejahtera@Polo’.

Lokasi baru dijangka siap sepenuhnya dalam bulan Februari ini, dikenali sebagai ‘Saji Sejahtera@Polo’

"Sekiranya penjaja lama yang ditawarkan menolak atau tidak lagi menjalankan perniagaan, penjaja baharu dalam senarai simpanan akan ditawarkan," katanya dalam satu kenyataan menjelaskan perkara tersebut.

Dalam pada itu, Rumaizi turut menepis dakwaan bahawa penjaja air tidak dibenarkan atau ditawarkan untuk menjalankan perniagaan di lokasi baharu nanti.

"Ia kurang tepat di mana lokasi baharu nanti penjaja yang menjual minuman turut ditawarkan.

"Dari rekod MBI, penjaja yang berniaga di Padang Polo datang dari pelbagai kawasan seperti Tanjung Rambutan, Meru, Desa Aman, Chemor, Manjoi malah ada yang datang dari luar kawasan Majlis.

"Tiada istilah penjaja dari Taman Cempaka atau Meru diberi pilihan.

"Sehingga kini tiada lagi mana-mana peniaga, penjaja di Padang Polo ditawarkan secara rasmi untuk berpindah ke kawasan lokasi baru seperti yang didakwa," katanya lagi.

Lokasi baru dijangka siap sepenuhnya dalam bulan Februari ini, dikenali sebagai ‘Saji Sejahtera@Polo’

Tegasnya lagi, MBI sentiasa berusaha membantu penjaja kecil di sekitar bandar raya itu termasuk di Padang Polo.

Namun menurutnya, bilangan penjaja tanpa lesen yang semakin bertambah saban waktu pasti menyukarkan usaha menempatkan mereka di kawasan yang sesuai.

Baru-baru ini media melaporkan, beberapa penjaja di Padang Polo mendakwa keputusan untuk menempatkan kesemua mereka ke lokasi baharu seperti yang dijanjikan sebelum ini, hanya tinggal janji.

Menurut salah seorang penjaja, Muhd Amirrudin Yahaya, hanya penjaja terpilih sahaja akan berniaga di tapak baharu yang lokasinya berdekatan Padang Polo, selebihnya masih tidak diberikan sebarang jawapan dari MBI.

Dakwanya, ia bertentangan dengan perjumpaan yang diadakan bersama pihak MBI sebelum ini bahawa kesemua peniaga akan dipindahkan ke lokasi baharu.

Dalam pada itu, Muhd Amirrudin berkata, turut tular di laman Facebook bahawa, penjaja dari Taman Cempaka dan Meru turut diberi ruang untuk berniaga di lokasi baharu.

Sedangkan, katanya, ia sebelum ini memang dikhaskan untuk menyelesaikan isu penempatan penjaja Padang Polo, sekali gus mengurangkan kesesakan di situ. - Awani