vivo jalin kerjasama dengan Hap Seng Star raikan siri vivo X100

Iklan
KUALA LUMPUR - vivo Malaysia menjalinkan satu kolaborasi istimewa bersama Hap Seng Star dalam memberikan Hai Pengalaman menarik sempena kemunculan peranti terbaharu mereka, siri vivo X100.

Kerjasama ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada pengguna mengenai inovasi terkini dari vivo Malaysia dengan penampilan mempersonakan daripada siri vivo X100 bersama koleksi kereta mewah Mercedes-Benz dari Hap Seng Star. Acara tersebut diadakan di bilik pameran pengedar terkenal Hap Seng Star di sini.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Para tetamu yang hadir pada acara tersebut turut berpeluang untuk merasai pengalaman secara peribadi dan menguji sendiri kehebatan siri X100 keluaran terkini dari vivo serta menikmati pengalaman unik kereta mewah Mercedes-Benz daripada Hap Seng Star. Acara itu diwarnai dan dikelilingi oleh gabungan atmosfera antara kemewahan dan inovasi.

Acara berkenaan juga disempurnakan lagi dengan pengenalan tentang lensa multifokal potret dari ZEISS, bagi menggabungkan potret fokus panjang dalam siri vivo X100.

Dengan keupayaan potret fokus panjang yang mempunyai sehingga 24mm ke 100mm daya zoom, siri vivo X100 telah menaiktaraf pengalaman fotografi pada sesebuah telefon pintar keluaran vivo.



Hari Pengalaman siri vivo X100 di bilik pameran Hap Seng Star berakhir dengan jayanya. Acara ini merupakan satu bukti terhadap transformasi kerjasama dan inovasi dalam membentuk pengalaman yang baik kepada pengguna.

Dapatkan maklumat terkini mengenai promosi dan spesifikasi produk di laman Facebook rasmi vivo Malaysia dan laman web rasmi vivo Malaysia.