Jin Wei tidak sertai Master Malaysia 2020

Iklan
Jin Wei memerlukan lebih banyak masa untuk kembali cergas sebelum kembali beraksi.

JUARA remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei tidak akan menyertai Kejohanan Master Malaysia 2020 Selasa hingga Ahad ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kenyataan mengesahkan Jin Wei tidak akan mengambil bahagian dalam kejohanan yang menampilkan pemain terbaik dunia di Axiata Arena.

Iklan
Iklan

"Pihak kejurulatihan percaya pemain berumur 19 tahun itu memerlukan lebih banyak masa untuk kembali cergas sebelum kembali beraksi,” kata BAM.

Pemain dari Pulau Pinang itu sebelum ini mendapat lampu hijau daripada doktornya untuk kembali ke gelanggang bagi memastikan impiannya ke Olimpik tercapai, selepas menjalani pembedahan membuang sebahagian ususnya berikutan sakit dalam perut.

Iklan

Jin Wei yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik Remaja 2018, telah menunjukkan prestasi luar biasa pada Master Malaysia 2019 selepas mengetepikan pemain Jepun, Akane Yamaguchi dan He Bingjiao dari China untuk layak ke separuh akhir, tetapi tewas kepada pemain Thailad Ratchanok Inthanon.

Jin Wei yang pernah berada pada kedudukan 30 pemain terbaik dunia untuk musim 2019 kini jatuh pada kedudukan 53, manakala bagi kedudukan ‘Road to Tokyo’ (kelayakan Olimpik), beliau berada pada tangga 181. Hanya 34 pemain akan ke Tokyo.

Iklan