11 barang disenarai di bawah SHMMP Tahun Baru Cina 2024

Iklan
Armizan (kiri) menunjukkan senarai 11 barang yang diletakkan di bawah skim harga maksimum musim perayaan Tahun Baharu Cina 2024 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Cheng Hwa, Papar.

PAPAR - Sebanyak 11 barangan disenaraikan di bawah pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP)Tahun Baru Cina 2024 yang berkuat kuasa bermula 6 hingga 14 Februari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tempoh pelaksanaan adalah selama sembilan hari iaitu empat hari sebelum hari perayaan, sehari pada hari perayaan dan empat hari lagi selepas hari perayaan.

Iklan
Iklan

"Kita akan membuat pemantauan di lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat beli belah selain berharap bantuan orang awam menyalurkan maklumat berkaitan ketidakpatuhan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan pelaksanaan skim harga maksimum sempena musim perayaan Tahun Baru Cina 2024 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Cheng Hwa, di sini pada Jumaat.

Iklan

Sehubungan itu, seramai 2,200 penguat kuasa KPDN di seluruh negara dikerahkan untuk membuat pemantauan dan terdapat 900 lagi pegawai pemantau harga turut melakukan pemeriksaan harga sempena pelaksnaaan skim harga maksimum musim perayaan tersebut.

Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, selain daripada penetapan harga skim harga maksimum itu, pihak KPDN turut bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memastikan bekalan makanan mencukupi sepanjang musim perayaan ini.

Iklan

"Melalui perbincangan kita dengan KPKM, kita juga mendapat maklum balas bahawa bekalan barang keperluan rakyat yang khususnya mendapat permintaan tinggi sepanjang tempoh perayaan ini adalah mencukupi termasuk minyak dan gula.

"Bagaimanapun, pihak kita akan terus bekerjasama dengan KPKM untuk memastikan bekalan mencukupi. Malah kementerian tersebut juga telah membuat perancangan awal bagi setiap musim perayaan untuk memastikan bekalan mencukupi," katanya.

Sebelum itu, 11 jenis barangan akan diwartakan bagi pelaksanaan skim tersebut ialah udang putih, ikan bawal putih, babi hidup, daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).

Selain itu, turut disenaraikan ialah kobis bulat import, ubi kentang import, bawang putih, halia tua import, lobak putih import dan lobak merah.