Pendaki perlu bayar AS$14 untuk daki Gunung Fuji

Iklan
Pendaki yang bercadang untuk mendaki Gunung Fuji di Jepun semasa musim pendakian dibuka pada Julai depan perlu membayar 2,000 yen (AS$14) - Foto: AP

TOKYO - Mana-mana pendaki yang bercadang untuk mendaki Gunung Fuji di Jepun semasa musim pendakian dibuka pada Julai depan perlu membayar 2,000 yen (AS$14), lapor agensi berita Kyodo.

Rasional bayaran itu akan dikenakan di laluan yang paling biasa digunakan untuk mendaki itu untuk mengurangkan kesesakan serta bagi membiayai langkah keselamatan, Gabenor Wilayah Yamanashi, Kotaro Nagasaki dilaporkan sebagai berkata pada Khamis (1 Februari).

Iklan
Iklan

Hasil kutipan akan digunakan untuk melaksanakan langkah-langkah untuk mencegah"bullet climbing" dan untuk membina tempat perlindungan sekiranya Gunung Fuji meletus, kata sumber kerajaan wilayah kepada The Japan Times.

Bayaran 2,000 yen yang akan dikenakan kelak berbeza daripada caj 1,000 yen yang dikenakan ketika ini ke atas pendaki Gunung Fuji berdasarkan secara sukarela atas sokongan usaha pemeliharaan gunung itu.

Iklan

Dalam perkembangan sama, wilayah Shizuoka, yang menguasai tiga laluan ke gunung itu, tidak bercadang untuk mengutip yuran tambahan selain hanya mengekalkan caj sedia ada bagi tujuan pemuliharaan.

Gunung Fuji melintasi wilayah Yamanashi dan Shizuoka di tengah-tengah Jepun dan titik permulaan untuk pendakian adalah kira-kira dua jam dari Tokyo dengan menaiki kereta api.

Iklan

Gunung berapi yang dilitupi salji terkenal di Jepun di luar Tokyo biasanya dibuka kepada pendaki dari Julai hingga September dan menarik ratusan ribu orang yang sering meredah malam untuk melihat matahari terbit.

Sesetengah orang yang mendaki pada waktu malam mudah diserang"hipotermia dan terpaksa dibawa kembali ke stesen pertolongan cemas," kata seorang pegawai tempatan kepada AFP pada 2023.

Hipotermia ialah keadaan di mana suhu badan seseorang menurun secara ekstrem sehingga di bawah paras normal yang diperlukan untuk fungsi badan yang optimal.

Sekurang-kurangnya seorang maut ketika mendaki gunung setinggi 3,776 meter itu tahun lepas. - Agensi/Awani