Hafaz surah Al-Mulk guna Braille

Iklan
Raja Noor Hani menggunakan Braille untuk membaca al-Quran.

KOTA BHARU - Menggunakan Braille bukan penghalang buat wanita orang kurang upaya (OKU), Raja Noor Hani Raja Dollah, 27, belajar menghafaz surah Al-Mulk setiap hari.

Selepas lebih enam bulan belajar menggunakan alat itu, kini bacaannya sudah lancar malah setiap malam akan menjadi rutinnya membaca surah berkenaan.

Iklan
Iklan

Raja Noor Hani yang buta sejak lahir bersyukur kerana abangnya, Raja Saidi Raja Dollah, 38, selalu mengingatkan supaya selalu membaca surah al-Mulk.

"Abang memberitahu ALLAH SWT memberi jaminan bahawa mereka yang mengamalkan surah Al-Mulk terhindar daripada seksaan kubur," katanya ketika ditemui di Pusat Pertubuhan Orang Cacat Malaysia Cawangan Malaysia pada Jumaat.

Raja Noor Hani membaca al-Quran di Pusat Pertubuhan Orang Cacat Malaysia Cawangan Malaysia pada Jumaat.

Iklan

Jelas Raja Noor Hani, kesedaran itu menjadi satu semangat untuk dia 'mendampingi' al-Quran Braille walaupun mengakui sukar pada awalnya.

Katanya lagi, atas paksaan abangnya juga, dia mula menghafaz pada awal usia 20 tahun dan kini setiap malam selain membaca Al-Mulk, Raja Noor Hani akan mengaji al-Quran.

Iklan

Anak kesembilan daripada 10 beradik itu turut membantu guru al-Quran mengajar mengaji di pusat Persatuan Orang-Orang Cacat Islam Malaysia (Pertis) jika diperlukan.

Hasil kesungguhannya menghafaz, wanita itu pernah memenangi tempat ketiga dalam satu pertandingan hafazan dan Majlis Tilawah al-Quran Braille tahun lalu.

Raja Noor Hani (kanan) dan rakan-rakan belajar menggunakan Braille di Pusat Pertubuhan Orang Cacat Malaysia Cawangan Malaysia pada Jumaat.

Raja Noor Hani turut berkongsi tip supaya mengelakkan rasa malu dan takut untuk belajar al-Quran jika mahu bacaan lebih lancar.

"Kami dikurniakan dengan mata tidak nampak mahu belajar al-Quran kerana tahu kalam ALLAH ini boleh membantu menyelamatkan umat Islam di akhirat," katanya.

Bagaimanapun katanya, aplikasi Think Quran dapat memudahkan orang terutama pengguna Braille.

"Jika ada kemudahan seperti ini sudah pasti dapat menjimatkan waktu belajar," katanya.

Aplikasi Think Quran dibangunkan Syarikat Think Osem Sdn Bhd menawarkan teknik pembelajaran ringkas yang padat dalam masa singkat.

Aplikasi interaktif tersebut juga sesuai digunakan untuk kanak-kanak dan orang dewasa.