Jambatan Tendong ditutup 16 jam bermula Ahad ini

Iklan
Solat hajat tersebut diadakan susulan beberapa kes berkait jatuh jambatan yang telah dicatatkan di kawasan berkenaan.

KOTA BHARU - Jambatan Sultan Ismail Petra (Jambatan Tendong) akan ditutup selama 16 jam bermula Ahad ini bagi memberi laluan kepada majlis solat hajat bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Solat hajat tersebut diadakan susulan beberapa kes berkait jatuh jambatan yang telah dicatatkan di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik), Dr Hasnan Ramli berkata, penutupan itu melibatkan jalan sehala bermula simpang empat Padang Layang, Kota Bharu menghala ke simpang Tiga Tendong, Pasir Mas.

"Ia bermula dari jam 8 malam pada Ahad hingga 12 tengah hari Isnin.

Iklan

"Ia bagi tujuan keselamatan dan persiapan tempat di atas jambatan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, majlis solat hajat akan bermula pada jam 9.30 pagi Isnin dan pengguna jalan raya diharap dapat merancang perjalanan pada hari tersebut.

Iklan