Anggota penguat kuasa ditahan SPRM rasuah RM2,000

Iklan
SPRM menahan seorang anggota penguat kuasa selepas disyaki meminta dan menerima rasuah RM2,000. Gambar hiasan, gambar kecil: Karunanithy

KOTA KINABALU - Seorang anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada Jumaat selepas disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM2,000.

Lelaki berusia 40-an itu mendapatkan wang itu sebagai balasan melindungi kegiatan penjualan dadah dan bagi mengelakkan pesalah daripada diambil tindakan undang-undang.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, suspek ditahan antara kira-kira jam 9 pagi ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

Suspek ditahan kerana menerima wang rasuah yang dimasukkan ke dalam akaun bank milik seorang individu lain pada tahun 2021.

Iklan

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

"Suspek telah dilepaskan dengan jaminan seorang penjamin sebanyak RM10,000 tanpa deposit dan akan dituduh pada 5 Februari ini di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu," katanya.

Iklan