RESTORAN Perkhidmatan Pantas (QSR), A&W mengembalikan nostalgia era 80-an dengan menganjurkan A&WESOME Festival di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Para pengunjung yang hadir memeriahkan acara berpeluang menikmati segelas minuman float RB dan curly fries.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif A&W Malaysia Sdn Bhd, George Ang, festival yang menerapkan warna jingga sebagai signatur utama itu adalah untuk menzahirkan penghargaan kepada pelanggan setia yang sentiasa memberi sokongan kepada jenama itu sepanjang tempoh 56 tahun.
Pada masa sama, ia bertujuan menarik pelanggan dalam kalangan generasi milenium menjamu selera dengan variasi menu baharu A&W yang lazat.
"Ia merupakan pengalaman menyeronokkan apabila melihat para pelanggan menikmati makanan yang ditawarkan. Selain sajian menyelerakan kami turut menampilkan produk berkualiti antaranya penggunaan ayam segar berbanding ayam beku.
"Bukan itu sahaja, bagi mengekalkan kualiti makanan, kami mempraktikkan sistem masak mengikut pesanan supaya pelanggan menerima hidangan panas," katanya dalam satu kenyataan kepada Femina baru-baru ini.
Tambah beliau, pada awal tahun ini beberapa sos baharu juga telah diperkenalkan untuk Coney A&W seperti Buttermilk Cheese Coney dan Sichuan Mala Coney.
Menyentuh mengenai inovasi, Ang memberitahu, kios manisan A&W juga dijangka dibuka di pusat beli-belah popular tidak lama lagi.
"Kios berkenaan menawarkan Waffle To Go, menu wafel dan ais krim sorbet RB perisa vanila dan Float on Cone yang sinonim restoran A&W," ujar beliau.
Dalam pada itu, pada awal tahun ini orang ramai jangan lepaskan peluang mengunjungi cawangan A&W di Seventeen Mall di Petaling Jaya, Selangor yang berkonsepkan hip dan retro.