Shahrul Samsudin pangku jawatan CEO KDA FC

Iklan
Shahrul Shamsudin bertugas sebagai Ketua Pegawai Operasi, Teknikal dan Pertandingan kelab akan memangku jawatan CEO KDA FC bermula Jumaat.

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) mengumumkan Ketua Pegawai Operasi, Teknikal dan Pertandingan kelab, Shahrul Samsudin akan memangku jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab itu bermula Jumaat.

Perkara tersebut diputuskan oleh Lembaga Pengarah KDA FC bagi menggantikan Khamal Idris Ali yang meletakkan jawatan tersebut pada Khamis.

Iklan
Iklan

KDA FC dalam satu kenyataan berkata, pelantikan tersebut bertujuan untuk memastikan urusan pentadbiran dan hal-hal semasa kelab tersebut dapat berjalan dengan lancar.

"Shahrul Samsudin, Ketua Pegawai Operasi, Teknikal dan Pertandingan KDA FC, diamanahkan untuk memangku jawatan Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC sehingga satu tempoh lantikan Ketua Pegawai Eksekutif baharu diumumkan," kata itu yang dimuat naik di Facebook KDA FC pada Jumaat.

Iklan

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan Khamal Idris meletakkan jawatan sebagai CEO kelab itu yang disandangnya itu sejak empat tahun lalu.

Perkara tersebut diumumkan oleh kelab yang berpangkalan di utara menerusi media sosial rasmi mereka.

Iklan

Menurut KDA FC, peletakan jawatan bekas pemain Kedah itu adalah untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada perniagaan beliau selepas menabur bakti menguruskan kelab berkenaan.