Kediaman Najib lengang

Iklan
Kediaman rasmi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur lengang pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Kediaman rasmi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, di sini lengang.

Sinar Harian melakukan tinjauan di kediaman tersebut pada Jumaat susulan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengesahkan bekas Presiden UMNO itu dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Iklan
Iklan

Pengawal keselamatan yang ditemui memaklumkan, rumah berkenaan hanya dihuni oleh petugas yang diarahkan untuk menjaga kediaman itu.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, tarikh pembebasan Najib adalah enam tahun lebih awal dari tempoh hukuman sepatutnya selain jumlah denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Iklan

Menurut kenyatan dikeluarkan urusetia Lembaga Pengampunan berkenaan, keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 yang bersidang pada 29 Januari lalu.

Jelas kenyataan itu, sebanyak lima kertas pengampunan termasuk permohonan Najib telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan tersebut yang dipengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Yang di-Pertuan Agong ketika itu).

Iklan

Bagaimanapun, jika denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi bekas Ahli Parlimen Pekan itu akan ditambah selama setahun yang mana tarikh pembebasan adalah pada 23 Ogos 2029.