MOSCOW - Seorang lelaki Rusia mendakwa kecerdasan buatan (AI) telah membantunya bertemu dengan seorang wanita yang kini sudah menjadi isterinya.
Menurut agensi berita Rusia, RIA Novosti, pereka perisian, Alexander Zhadan, 32, menggunakan aplikasi ChatGPT dan bot AI lain untuk menapis padanan wanita dalam akaun media sosial Tinder miliknya.
Iklan
Iklan
Sebelum menjumpai isterinya, Karina Imrannovna, Zhadan telah bertemu dengan 5,000 wanita dalam tempoh setahun menerusi aplikasi AI.
"Pada mulanya terdapat masalah kerana aplikasi itu tidak sejajar dengan kemahuan saya, tetapi selepas itu saya melatihya sehingga melakukan komunikasi dengan wanita seperti yang diingini saya," kata Zhadan.
Pereka perisikan itu menyatakan dia turut memasang penapis dalam aplikasi AI supaya dapat mengetahui dengan siapa dia akan meneruskan komunikasi dengan wanita yang layak menjadi teman hidupnya.
Tidak lama selepas itu, Zhadan berjaya menemui dengan wanita yang kini menjadi isterinya selepas ChatGPT mengesyorkan untuk melamar Karina sambil menjelaskan bahawa hubungan mereka 'seimbang dan kuat'.
ChatGPT iaitu aplikasi dengan kemampuan meniru penulisan manusia serta DALL-E yang teknologinya boleh digunakan untuk mencipta 'deepfakes' atau imej palsu tetapi kelihatan realistik. - Agensi