Jokowi tandatangani dekri presiden mengenai pemecatan Mahfud MD

Iklan
Jokowi. Foto AFP

JAKARTA - Presiden Joko Widodo (Jokowi) menandatangani dekri presiden berhubung pemecatan Mohammad Mahfud MD sebagai Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan, lapor Agensi Berita Antara.

Penyelaras khas kakitangan presiden, Ari Dwipayana berkata, Presiden Jokowi menandatangani dekri presiden itu pada Jumaat (2 Februari 2024).

Iklan
Iklan

Berikutan itu, Menteri Dalam Negeri Tito Karnavian dilantik untuk memangku jawatan berkenaan sehingga pelantikan baharu dibuat.

Mahfud yang juga calon Naib Presiden Indonesia pada Khamis menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Jokowi di Istana Merdeka, di sini.

Iklan
Iklan

Jokowi menganggap keputusan Mahfud untuk meletak jawatannya adalah perkara biasa dan mengulangi sekali lagi bahawa beliau menghormati keputusan itu. - Bernama-Antara