Pertimbangan pengampunan diraja
Iklan
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya mendapat pengurangan hukuman penjara dan denda sebanyak 50 peratus oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Keputusan tersebut akhirnya menjawab desas-desus yang timbul sejak beberapa hari lalu ketika negara sedang memberi sepenuh tumpuan kepada peralihan kuasa monarki paling unik di dunia.