Giliran Australia dihantar pulang Korea Selatan dari Qatar

Iklan
Heung-min wira Korea Selatan di Stadium Al Janoub pada Sabtu.

KOREA Selatan bangkit dari ketinggalan dua gol untuk menyingkirkan cabaran juara edisi 2015, Australia 2-1 dalam aksi lapan terbaik Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub pada Sabtu.

Pada separuh masa pertama, Taegeuk Warriors kendalian Jurgen Klinsmann unggul mendominasi permainan.

Iklan
Iklan

Namun kekentalan benteng pertahanan Socceroos kendalian Graham Arnold menafikan pengakhiran pasukan lawan.

Australia yang kurang melakukan pengujian ke atas bahagian benteng Korea Selatan akhirnya memimpin separuh masa pertama hasil jaringan Craig Goodwin minit ke-42.

Iklan

Separuh masa kedua, Taegeuk Warriors meningkatkan tekanan ke atas benteng Socceroos, namun sekali pertahanan pasukan nombor 25 dunia itu tenang menyerap asakan lawan berstatus 23 global tersebut.

Gol penyamaan Korea Selatan akhirnya dijelmakan hasil jaringan sepakan penalti disempurnakan Hwang Hee-chan pada minit ke-96.

Iklan

Jaringan itu umpama motivasi kepada angkatan Klinsmann yang kemudian menoktahkan kebangkitan dengan gol sepakan percuma fantastik pemain kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur, Son Heung-min pada minit ke-104.

Korea Selatan akan berdepan semula Jordan, lawan peringkat kumpulan sebelum ini, yang menyingkirkan Tajikistan 1-0 pada separuh akhir di Stadium Ahmed bin Ali, Selasa ini.