APM bantu pindah pesakit 200kg ke hospital

Iklan
Ahli keluarga pesakit memohon bantuan APM untuk mengangkut lelaki berusia 38 tahun itu berikutan jarak melebihi 20 kilometer, sekali gus memberi kesukaran kepada mereka.

KOTA BHARU - Bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu terpaksa digunakan untuk memindahkan seorang pesakit terlantar seberat 200 kilogram dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) ke Hospital Pasir Mas pada Jumaat.

Ahli keluarga pesakit berkenaan memohon bantuan APM untuk mengangkut lelaki berusia 38 tahun itu berikutan jarak melebihi 20 kilometer, sekali gus memberi kesukaran kepada mereka.

Bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu terpaksa digunakan untuk memindahkan seorang pesakit terlantar seberat 200 kilogram dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) ke Hospital Pasir Mas pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu, Kapten Pertahanan Awam Muhammad Shafie Rosslee berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.27 petang.

"Seramai tujuh anggota digerakkan untuk membantu kerja-kerja memindahkan pesakit tersebut menggunakan lori APM.

Iklan

"Lelaki berkenaan terpaksa dibawa bersama katilnya bagi memudahkan proses pemindahan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Lelaki berkenaan terpaksa dibawa bersama katilnya bagi memudahkan proses pemindahan.

Menurut beliau, operasi selesai sepenuhnya pada jam 6.20 petang dan pesakit selamat dipindahkan ke Hospital Pasir Mas.

Iklan

Ujarnya, lelaki tersebut sebelum ini dirawat di HRPZII selama lapan hari selepas disahkan menghidap angin ahmar.

Muhammad Shafie memberitahu, berdasarkan maklumat, keluarga mangsa sukar untuk berulang alik dari Pasir Mas ke Kota Bharu untuk menguruskan pesakit itu.