Kantoi simpan 8,793 liter minyak diesel di rumah

Iklan
Dua lelaki dan seorang wanita ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pemilikan 8,793 liter minyak diesel yang disimpan di sebuah rumah di Kampung Sungai Petai, Pasir Puteh pada Jumaat.

PASIR PUTEH - Dua lelaki dan seorang wanita ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pemilikan 8,793 liter minyak diesel yang disimpan di sebuah rumah di Kampung Sungai Petai di sini pada Jumaat.

Kesemua individu berusia 30 hingga 40 tahun itu ditahan dalam serbuan dilakukan oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor dan Tok Bali menerusi Ops Tiris Bersepadu.

Iklan
Iklan

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, kira-kira jam 5 pagi anggota bertugas mengesan sebuah rumah di Kampung Sungai Petai telah dijadikan sebagai tempat transit sementara menyimpan minyak diesel dipercayai untuk tujuan penyelewengan kepada industri.

Suspek menggunakan modus operandi dengan membuat pengisian secara berulang menggunakan lori dan pacuan empat roda di beberapa stesen minyak sekitar Pasir Puteh.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan di lokasi membawa kepada penemuan 8,793 liter minyak diesel yang disimpan di dalam tangki petak mudah alih dan tong jerikin di kawasan pekarangan rumah.

Iklan

"Kita turut menjumpai bahan api itu di dalam tiga buah kenderaan yang mana tangkinya sudah diubah suai," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Menurut beliau, nilai rampasan barangan kawalan itu dianggarkan berjumlah RM18,904.95.

Anggota penguat kuasa turut menjumpai bahan api itu di dalam tiga buah kenderaan yang mana tangkinya sudah diubah suai.

Iklan

Ujarnya, siasatan awal mendapati suspek menggunakan modus operandi dengan membuat pengisian secara berulang menggunakan lori dan pacuan empat roda di beberapa stesen minyak sekitar Pasir Puteh.

Azman memberitahu, suspek turut mendapat bekalan daripada pihak industri dari luar dan seterusnya menyimpan buat sementara waktu.

Katanya, bahan api itu kemudian akan diseleweng kepada industri bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Semasa serbuan, suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen pemilikan bahan api tersebut.

"Kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.