Pengampunan Najib: Mesyuarat Khas MKT UMNO bermula

Iklan
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (tengah) yang dilihat hadir Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berlangsung pada pagi Sabtu.Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sekali lagi menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berlangsung pada pagi Sabtu.

Mesyuarat khas kali ini diadakan susulan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Iklan
Iklan

Antara pemimpin yang hadir ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Datuk Seri Ahmad Said.

Sebelum ini, media melaporkan Najib yang juga bekas Presiden UMNO itu mendapat pembebasan awal pada 23 Ogos 2028.

Iklan

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari lalu dan dipengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Yang di-Pertuan Agong ketika itu).

Tarikh tersebut adalah enam tahun lebih awal dari tempoh hukuman sepatutnya selain jumlah denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Iklan

Difahamkan, ahli MKT UMNO sudah mula bermesyuarat dan pengamal media masih menantikan perkembangan terkini mengenainya.