Kejohanan Bola Jaring Simpang Renggam kembang bakat pelapis

Iklan
Sebanyak 16 pasukan menyertai Kejohanan Bola Jaring Simpang Renggam Tahun 2024 di Taman Renggam Jaya, Kluang pada Sabtu.

KLUANG - Pasukan JMIX dari Johor Bahru muncul johan dalam Kejohanan Bola Jaring Terbuka Simpang Renggam Tahun 2024 Piala YB Datuk Seri Utama Hasni Mohamad yang berlangsung di Taman Renggam Jaya, di sini pada Sabtu.

Kemenangan tersebut melayakkan JMIX membawa pulang wang tunai RM2,000 manakala naib johan pula menjadi milik pasukan Vixen dari Kulai yang mendapat wang tunai RM1,500.

Iklan
Iklan

Sementara pasukan Wiperz dari Kluang dan Panthera dari Batu Pahat menduduki tempat ketiga bersama dengan masing-masing membawa pulang RM1,000.

Ketiga-tiga pasukan berkenaan turut mendapat piala pusingan dan medal dalam kejohanan dianjurkan Persatuan Kasih Prihatin Malaysia (Pekasih) Johor dengan kerjasama Pejabat Parlimen Simpang Renggam.

Iklan

Kejohanan berkenaan dirasmikan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohammad dan turut dihadiri Pengerusi Pekasih Johor, Jaafar Matek.

Menurt Jaafar, sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan berlangsung dalam suasana semangat kesukanan dan kekeluargaan membabitkan peserta dari seluruh Johor.

Iklan

Beliau berkata, kejohanan itu berjaya mengembangkan bakat pemain pelapis sebagai persediaan ke peringkat lebih kompetitif.

Jaafar percaya kejohanan tersebut akan menjadi lebih berprestij pada masa depan apatah lagi bagi kejohanan kali ini hadiah wang tunai untuk johan, naib johan dan tempat ketiga bersama dinaikkan.