Tuduhan seleweng dana hospital: MCA cabar DAP lapor polis, SPRM

Iklan
Kenyataan Zhemin di laman blognya mengenai isu peruntukan RM150 juta yang didakwa diselewengkan MCA.

IPOH - MCA Perak mencabar Setiausaha Publisiti DAP Perak, Chong Zhemin bersama-sama membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan 'merampas' wang RM150 juta projek hospital baharu Kampar yang dibatalkan.

Pengerusi Biro Pengaduan Awam dan Aduannya, Low Guo Nan berkata, tuduhan yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Keranji terhadap MCA itu dianggap serius kerana melibatkan dana dan wang rakyat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Zhemin perlu mengemukakan bukti kukuh bahawa MCA mengambil peruntukan RM150 juta untuk projek Hospital Kampar yang diumumkan pada 2012.

Guo Nan (duduk dua dari kiri) bersama pimpinan MCA Perak pada sidang akhbar di Wisma MCA Perak semalam.

"Kita sudah mengemukakan jemputan kepada Zhemin untuk bersama-sama membuat laporan polis pada 8 Januari ini di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan 10 Januari pula di Pejabat SPRM Perak.

Iklan

"Jika betul ada penyelewengan terhadap peruntukan diumumkan itu, kita sama-sama minta polis dan SPRM siasat dengan telus. Kita tidak mahu hanya tuduhan semata-mata," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA Perak di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Zhemin menerusi laman blognya mendakwa MCA menyalahgunakan peruntukan RM150 juta peruntukan yang dibatalkan untuk pembinaan Hospital Kampar selepas kerajaan mengumumkan untuk bekerjasama dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) membina hospital swasta di Kampar.

Iklan

Sementara itu, Zhemin yang dihubungi Sinar Harian memaklumkan satu kenyataan media akan dikeluarkan sebagai menjawab cabaran MCA tersebut.