Kereta berhias

Iklan

Kerja-kerja menyiapkan kereta berhias giat dijalankan di perkarangan Serambi Terumtum hari ini.

Sebanyak 20 kereta berhias melibatkan kesemua 11 daerah di Pahang dan selebihnya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri, syarikat swasta termasuk Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menyertai perarakan kereta berhias pada Karnival Rakyat Pahang 2024.

Iklan
Iklan

Karnival selama tiga hari dianjurkan bagi memuliakan Keberangkatan Balik Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Baginda dijangka berangkat menyaksikan acara perarakan kereta berhias itu di Dataran Sayangi Kuantan malam ini.

Iklan
Iklan