Menelusuri Pan Borneo Sarawak
Iklan
SETELAH lapan tahun dikerjakan bermula pada 2015, Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak sepanjang 786 kilometer menghubungkan Kuching di selatan dan Miri di utara Bumi Kenyalang berjaya disiapkan pembinaannya pada penghujung tahun lalu.
Laluan empat lorong yang dibina pada harga RM16 bilion itu kini boleh digunakan sepenuhnya oleh warga Sarawak untuk ke destinasi pilihan masing-masing, sama ada bagi tujuan percutian atau balik kampung.