Isu pengampunan Najib beri tekanan hubungan BN-PH
Iklan
SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil tidak menolak kemungkinan hubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan kini ibarat 'retak menanti belah'.
Jelas beliau, ini susulan kegagalan Kerajaan Perpaduan melalui Lembaga Pengampunan Diraja pada 29 Januari lalu memberi rekomendasi sepatutnya terhadap Yang di-Pertuan Agong sehingga membawa kegagalan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima keputusan pengampunan penuh.