Gaji bukan punca utama anggota polis terlibat rasuah - Razarudin

Iklan
Razarudin ketika sidang akhbar ketika program Walkabout Pencegahan Jenayah di Pasar Pandamaran pada Ahad.

KLANG - Faktor gaji bukan sebab utama menjadi punca anggota polis terlibat dengan rasuah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, sebaliknya ia merupakan antara salah satu faktor dan bukannya penyebab utama menjerumuskan ke dalam kancah rasuah ini.

Iklan
Iklan

"Memang ada disebut berkaitan kadar gaji yang rendah, itu sebenarnya salah satu faktor, kalau banding dengan Singapura memang gaji mereka tinggi, polis mereka tiada rasuah, itu mengikut negara mereka yang kecil.

"Sebaliknya di Malaysia, kita mempunyai 137,000 anggota serta pegawai dan akan bertambah menjadi lebih 140,000 kalau dicampur dengan kemasukan baharu pada tahun ini, itu salah satu darinya," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika program Walkabout Pencegahan Jenayah di Pasar Pandamaran dekat sini pada Ahad.

Menurutnya, gaji anggota turut berbeza dari segi taraf kehidupan mengikut kawasan mereka ditempatkan.

Iklan

"Duduk di Kuala Lumpur memang miskin bandar, tapi kalau dia duduk di kawasan seperti Belaga, Beluran, Besut, Kuala Nerang serta kawasan-kawasan luar bandar gaji itu banyak, dan dapat elaun lagi iaitu elaun kesusahan, jadi soal gaji itu salah satu faktor," katanya.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, seandainya dikatakan soal gaji jadi faktor rasuah, ia boleh dilihat dari segi peratusan jumlah anggota pangkat rendah yang terlibat.

"Kalau kata gaji konstabel ini sedikit dan dia terlibat dengan rasuah, saya boleh bagi peratusan berapa yang terlibat dengan rasuah ini, tapi kita biasa dengar berita ada pengarah syarikat atau mana-mana agensi ada ditangkap berkaitan rasuah, dan adakah mereka ini gaji sedikit.

"Itu saya katakan, sekiranya kita katakan soal gaji jadi faktor seharusnya kita perlu beri pendedahan maklumat kepada pegawai dan anggota agar menolak rasuah," katanya.

Tambahnya, keyakinan masyarakat kepada pihak polis harus sentiasa diperhebatkan dengan amalan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan.

"Kita tak mahu gusarkan masyarakat dengan isu sebegini, seolah masyarakat beranggapan bahawa polis ini kalau tiada pun tidak mengapa, mereka ambil khidmat pengawal keselamatan untuk gantikan polis.

"Soal gaji itu saya setuju, bagaimanapun masih ada faktor lain yang perlu kita lihat, apa yang penting adalah dalam diri setiap anggota dan pegawai itu yang perlu ditanam sifat menolak rasuah," katanya.