Majlis graduasi di hotel, ibu bapa jangan berkira dengan anak - Fizz Fairuz

Iklan
FIZZ FAIRUZ

PELAKON Datuk Fizz Fairuz berpendapat ibu bapa tidak sepatutnya bersikap berkira mengeluarkan wang bagi meraikan majlis graduasi anak-anak mereka di hotel.

Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 44, berkata, majlis yang dianjurkan pihak sekolah juga hanya setahun sekali dan ia sepatutnya tidak menjadi beban kepada ibu bapa.

Iklan
Iklan

Penyampai radio Suria FM itu berkata, dia tidak bersetuju sekiranya ada ibu bapa yang menganggap majlis graduasi anak sebagai satu komitmen besar.

"Sekolah buat dekat tempat selesa dikatakan tak sesuai, bila buat dekat sekolah sahaja dikatakan tak ada tempat lain ke nak buat dengan panasnya. Adoi, semua benda tak betullah zaman sekarang ni,” tulisnya menerusi hantaran di Insta Story.

Iklan

Malah kata Fizz lagi, isu berkenaan tidak sepatutnya timbul memandangkan perbincangan telah pun dilakukan bersama pihak Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) sebelum majlis dilaksanakan.

Fizz Fairuz berpendapat ibu bapa tidak sepatutnya bersikap berkira mengeluarkan wang bagi meraikan majlis graduasi anak-anak mereka di hotel.

"Untuk anak-anak bagi sahajalah, dorang buat sebab PIBG sudah setuju dan ibu bapa dah setuju. Kalau tak setuju dorang tak buat.

Iklan

"Setahun sekali buat, bukan hari-hari keluar (RM)150-(RM)250 tu, beli beg dan kasut mahal mahal boleh. Takkan untuk anak nak berkira. Pendapat sayalah,” tulisnya.

Terdahulu, tular sebelum ini apabila pelakon Adrea Abdullah mempertikaikan trend majlis graduasi sekolah di hotel.

Menurut Adrea, tidak semua ibu bapa mampu untuk membayar yuran graduasi anak mereka.

Selain itu, trend berkenaan juga dilihat seolah-olah mahu membuatkan ibu bapa bermegah-megah di media sosial.