Pakar automotif cadang pasang ‘black box’ pada lori

Iklan
Hezeri (kiri), Laporan Sinar Harian

SHAH ALAM - Pemasangan kotak hitam atau ‘black box’ pada kenderaan muatan berat terutamanya lori amat diperlukan bagi menyiasat secara terperinci punca berlakunya kemalangan jalan raya.

Pakar automotif, Hezeri Samsuri berkata, ia penting untuk dilaksanakan supaya orang ramai atau pihak berwajib mempunyai data lengkap bagi melengkapkan proses siasatan dan tiada sebarang andaian dibuat.

Iklan
Iklan

"Siasatan terperinci kemalangan kenderaan komersil patut dikongsikan kepada kita semua sebenarnya,” katanya menerusi hantaran di platform X pada Ahad.

Beliau mengulas kes kemalangan di laluan Simpang Pulai-Gopeng di Kilometer 288.1 arah utara sekitar jam 7.30 pagi pada Sabtu melibatkan tujuh kenderaan dan dua mangsa iaitu pemandu treler dilaporkan maut dalam nahas tersebut.

Iklan

Hezeri turut mengucapkan takziah buat dua pemandu treler berkenaan selain berpandangan, sudah tiba masa untuk semua median jalan raya menggunakan simen penghadang jenis T4 dan ke atas.

Tambah beliau, hal ini kerana penghadang T4 ke bawah mempunyai kelemahan contohnya direka untuk hentaman di bahagian sisi, namun tidak secara sudut hadapan atau ‘direct head-on angle’.

Iklan

"Kita kena kaji cara nak kurangkan risiko, terutama apabila kereta tengah berhenti sebab kesesakan jalan raya, tetapi lori dari seberang jalan terbabas dan melompat masuk (memasuki laluan bertentangan),” ujarnya.