Hina Raja Melayu: Lima laporan polis seluruh Perak

Iklan
Wakil Gamis menunjukkan laporan polis yang dibuat semalam.

IPOH - Lima laporan polis telah dibuat di balai polis berasingan sekitar Perak yang dilakukan pimpinan dan ahli Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Perak bersama wakil mahasiswa, semalam.

Timbalan Majlis Politik Negeri Gamis Perak, Aina Shahirah Rostam berkata, laporan polis berkenaan dibuat terhadap individu-individu yang telah menghina terhadap institusi beraja dan bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Iklan
Iklan

"Lima laporan dibuat bersama wakil mahasiswa di kampsus sekitar negeri ini semalam bermula jam 11 pagi hingga 6.30 petang supaya siasatan lanjut dapat dijalankan pihak polis terhadap individu yang menghina institusi beraja dan bekas Yang di-Pertuan Agong.

"Laporan pertama dibuat oleh Pengerusi Gamis Perak, Ayub Safuan dan mahasiswa dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, diikuti laporan kedua pada jam 3 petang di IPD Mualim oleh Pengerusi dan Timbalan Majlis Politik Negeri Gamis Perak bersama mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Iklan

Tambahnya pada jam 6.30 petang, tiga laporan polis dibuat di dua lokasi berasingan di mana dua laporan di buat di IPD Perak Tengah, Seri Iskandar diwakili Naib Pengerusi 1, Gamis dan Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis, bersama mahasiswa daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP).

"Satu lagi laporan polis dibuat di IPD Ipoh diwakili Pengerusi Sigma Perak bersama mahasiswa Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak.

Iklan

"Kami berharap pihak polis dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu-individu tersebut supaya ia menjadi pengajaran khususnya anak muda betapa pentingnya menjaga adab dan menghormai institusi beraja dan sultan," katanya.