Lebih 100 buku bakal diterbitkan tahun ini

Iklan
Pengunjung membeli surat khabar siaran Sinar Harian di Jualan Gudang Karangkraf di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Ahad. (Gambar kecil: Firdaus Hussamuddin)

SHAH ALAM - Lebih 100 jenis buku baharu pelbagai genre akan diterbitkan Grup Buku Karangkraf (GBK) selepas berakhir Jualan Gudang Karangkraf 2024 pada Ahad.

Ketua Pegawai Eksekutif GBK, Firdaus Hussamuddin berkata, bahan bacaan tersebut akan dikeluarkan sehingga hujung tahun ini bersesuaian untuk memenuhi kehendak pelbagai generasi tidak kira kanak-kanak, dewasa mahupun warga emas.

Iklan
Iklan

Karnival Jualan Gudang Karangkraf yang pertama untuk 2024 itu diadakan di Kompleks Kumpulan Karangkraf dekat sini selama 10 hari bermula 25 Januari hingga 4 Februari dengan pelbagai tawaran aktiviti menarik.

Pengunjung memeriksa senaskah al-Quran di Jualan Gudang Karangkraf di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Ahad.

Pengunjung juga berpeluang menerima diskaun bagi tajuk buku terpilih dan cabutan bertuah yang bernilai sehingga RM1,500

Iklan

Mengulas lanjut, Firdaus memaklumkan, penganjuran karnival kali ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penggemar buku-buku termasuk novel dan naskah al-Quran.

Tambah beliau, buku terbitan baharu tahun lalu juga mendapat sambutan positif sepanjang berlangsungnya jualan gudang tersebut.

Iklan
Aktiviti mewarna juga diadakan untuk anak-anak pada hari terakhir Jualan Gudang Karangkraf yang diadakan di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Ahad.

"Saya tak sangka mereka (pengunjung) hadir ke jualan gudang kita walaupun bukan musim cuti sekolah dan jualan buku baharu juga sangat bagus.

"Saya berpuas hati dengan karnival kali ini kerana susunan aktiviti lebih menarik dan praktikal,” ujarnya.

Pengunjung membaca buku di Jualan Gudang Karangkraf di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Ahad.