'Satu negeri, satu kompleks perpaduan' - Aaron Ago

Iklan
Kompleks Perpaduan Jajahan Machang menjadi kompleks perpaduan pertama di negara ini. (Gambar kecil: Aaron Ago)

MACHANG - Kementerian Perpaduan Negara menyasar untuk mewujudkan satu kompleks perpaduan di setiap satu negeri di seluruh negara.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, perkara itu dalam peringkat pelaksanaan kertas kerja untuk diperhalusi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setakat ini bangunan Kompleks Perpaduan Jajahan Machang di Kelantan tercatat sebagai sejarah kompleks perpaduan pertama di negara ini.

"Selainnya, kami menyasarkan setiap negeri akan mempunyai kompleks perpaduan sendiri untuk kemudahan bagi melaksanakan aktiviti yang dapat merapatkan perpaduan,” katanya selepas merasmikan Kompleks Perpaduan Jajahan Machang di sini, pada Ahad.

Iklan
Aaron Ago (tiga dari kanan) menurunkan tandatangan di plak Perasmian Kompleks Perpaduan Jajahan Machang.

Beliau mengulas lanjut, pembinaan Kompleks Perpaduan Jajahan Machang bermula pada 28 November 2016 dan siap sepenuhnya pada 27 Mac 2019 dengan kos keseluruhan hampir RM9.8 juta.

"Kompleks Perpaduan Jajahan Machang dilengkapi ruang pejabat, bilik seminar, mesyuarat, mediasi, dewan serbaguna, tabika perpaduan dan ruang-ruang lain serta sudah beroperasi sepenuhnya pada tahun 2020.

Iklan

"Pelbagai kemudahan yang ada pada kompleks ini diharap membantu melancarkan pengoperasian, pengurusan dan pentadbiran jabatan juga jentera-jentera di peringkat akar umbi,” katanya.

Aaron Ago (tengah) bergambar dengan hadirin yang mengayakan pakaian mewakili kaum di negara ini.

Dalam pada itu, Aaron Ago berkata, perkhidmatan mediasi juga diperluaskan dengan penubuhan Pusat Mediasi Komuniti (PKM) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Perlis, Putrajaya dan Melaka.

"PKM menyediakan platform dan akses bagi komuniti setempat menyelesaikan sebarang konflik atau pertikaian yang berlaku melalui kaedah mediasi.

"Perkhidmatan pendampingan sosial ini akan membantu mengurus konflik atau pertikaian komuniti yang melibatkan kerjasama strategik di antara agensi kerajaan dan komuniti setempat,” kata beliau.