Baki 79 PATI lolos tahanan masih diburu

Iklan
13 PATI yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor telah ditahan di sebuah kebun jambu di Kampung Senta. Foto Bernama

TAPAH - Polis Perak mengesan baki 79 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masih bersembunyi selepas melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, Op Kesan pada hari keempat berjaya menahan 51 tahanan terdiri daripada 49 etnik Rohingya dan dua Bangladesh.

Iklan
Iklan

"Sekitar jam 3 petang itu, hasil maklumat orang awam pasukan operasi khas PDRM dan Jabatan Imigresen berjaya menangkap 10 lelaki di ladang sawit Kampung Senta, Bidor.

Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri

"PDRM percaya masih ramai lagi tahanan yang lolos masih berada di hutan serta kampung sekitar kawasan Tapah dan Bidor," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Iklan

Setakat jam 12 tengah hari, seramai 41 tahanan warga asing yang melarikan diri berjaya diberkas semula membabitkan 39 etnik Rohingya dan dua warga Bangladesh.

Pada Khamis media melaporkan seramai 131 pendatang asing tanpa izin (PATI) melarikan diri dari blok lelaki depot itu dengan seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia dalam nahas jalan raya.

Iklan