Mahfud lepaskan jawatan menteri, enggan berkempen sebelum cuti diluluskan
Iklan
JAKARTA - Calon Wakil Presiden (Cawapres) Mahfud MD menempatkan dirinya dalam kelas tersendiri apabila melepaskan jawatan Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum, dan Keamanan (Polhukam) di tengah-tengah kesibukan kempen Pilpres Indonesia 2024.
Meski Peraturan Pemerintah Nombor 53 Tahun 2023 mengizinkan calon Presiden (Capres) dan calon Naib Presiden Cawapres kekal dalam jawatan hatta mereka menteri sekalipun, mereka sebenarnya perlu bercuti dari jawatan tersebut dan tidak menggunakan aset kerajaan sepanjang tempoh kempen, seiring dengan Undang-undang Nombor 7 Tahun 2017 tentang Pemilu.