Aksi persahabatan satukan semula anak didik 'coach' Param - Shuhaily

Iklan
Paralingam (duduk, tengah) bersama Mohd Shuhaily dan rakan seperjuangan hoki ketika berkunjung ke Klang pada Ahad.

PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain bercadang untuk 'menyatukan' semula rakan sepasukan di bawah bimbingan bekas jurulatih hoki negara, C Paramalingam.

Justeru bagi menjayakan hasrat itu beliau merancang untuk mengadakan satu aksi persahabatan bersama rakan seperjuangan sekitar era 1980-an.

Iklan
Iklan

Hasrat tersebut diluahkan ketika berkunjung ke rumah Paramalingam yang juga bekas pengerusi jawatankuasa kejurulatihan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) di kediamannya di Klang pada Ahad.

"Saya bersama rakan sepasukan bercadang untuk buat perlawanan persahabatan agar 'coach' boleh tengok macam mana anak buah beliau yang dulu laju-laju.

Iklan

"Tetapi sekarang tidak berapa laju (sebab) ada yang buat pembedahan (masalah kesihatan) dan sebagainya.

"Itu antara misi kami, tetapi apapun kesihatan coach. Kita kena beri keutamaan dan sebab itulah kita berada di sini (melawat coach)," katanya.

Iklan

Di sebalik kunjungan itu beliau juga mengimbas penglibatannya dalam sukan hoki yang turut membentuk keperibadiannya seterusnya berjaya dalam karier sebagai pegawai polis.

Mohd Shuhaily (dua dari kiri) ketika berkunjung ke kediaman Paramalingam (dua dari kanan) di Klang pada Ahad.

"Coach seorang individu yang membentuk disiplin saya dan terus kekal sehingga kini.

"Dia bawa saya sebagai pemain hoki dalam skuad Selangor lewat 1980-an bagi menyertai kejohanan hoki Piala Tun Razak.

"Namun bukan dalam senarai kesebelasan utama. Posisi saya ketika itu sebagai penyerang," katanya yang mula berjinak dengan hoki ketika berumur 19 tahun.

Mohd Shuhaily turut menyifatkan Paramalingam seorang jurulatih yang tegas, namun bukan panas baran.

Katanya, jurulatih itu amat mengutamakan permainan secara berpasukan biarpun seseorang pemain itu memiliki kemahiran individu tinggi.

Dalam pada itu, Paramalingam terharu dengan kunjungan Mohd Shuhaily serta anak-anak buahnya yang lain.

Malah beliau yang mencecah usia 89 tahun menyifatkan Mohd Shuhaily sebagai seorang yang patuh dan penuh disiplin.

Difahamkan, legenda hoki negara, Datuk Minarwan Nawawi antara salah seorang anak didik Paramalingam.

Beliau yang sepatutnya bersama-sama dalam kunjungan itu tidak dapat berbuat demikian kerana mempunyai urusan di luar Selangor.