Apa ada dengan Malaysia?
Iklan
"MALAYSIA itu di mana?” menjadi soalan yang biasa diterima sebagai pelajar Malaysia di Eropah. Berbanding Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina, Malaysia masih belum begitu dikenali dalam kalangan generasi muda mereka.
Akhirnya, Malaysia terpaksa digambarkan sebagai ‘negara yang diapit Thailand (selatan) dan Singapura (utara)’, dan sebahagian kawasan lagi di kepulauan Borneo.