Nak mula berlari perlu persediaan rapi

Iklan
Gambar hiasan

MERAK Jalanan sudah lama tinggal rutin berlari mahupun berjoging dan dalam tempoh beberapa minggu lagi akan ada larian 5 kilometer (km) dianjurkan pihak kelab syarikat.

Terdetik di hati Merak Jalanan, adakah aku ini masih boleh lari lagi atau baik jalan kaki sahaja sampai garisan penamat?

Iklan
Iklan

Sebenarnya aktiviti bersukan ini juga sangat berisiko mengancam nyawa seseorang itu tanpa disedari.

Ini boleh terjadi kalau orang itu sudah penat tetapi tetap paksa diri sampai mendedahkan dirinya kepada risiko seperti serangan jantung.

Iklan

Ini yang Merak tak mahu terjadi, sebab kadang-kadang kalau dalam larian beramai-ramai kita akan terikut-ikut dengan cara berlari orang lain.

Kalau anda bertahun-tahun tidak pernah berlari, janganlah ikut 'pace' mereka sebab orang itu selalu berlari dan badan mereka mampu untuk bertahan.

Iklan

Kita yang tidak pernah periksa kesihatan ini pastinya tidak tahu tahap apa atau setakat mana keupayaan diri ketika berlari.

Oleh yang demikian, Merak Jalanan nak berpesan kepada diri sendiri dan rakan-rakan untuk lakukan beberapa langkah penting seperti mencari kasut berlari yang sesuai.

Kedua, buat latihan sedikit demi sedikit yang bermaksud jangan nak habiskan 5km terus, anda mula dengan berlari 1km kemudian ditambah dengan 1.5km dan seterusnya ikut kemampuan.

Ketiga, fahami kegunaan 'pace' sebab kita perlu tahu kita berlari secara santai atau terlalu laju dan nak mudah pantau adalah dengan pakai jam.

Keempat, pada hari kejadian itu nanti jangan lupa sarapan ringan dan buat sesi pemanasan badan yang betul.

Akhir sekali, Merak Jalanan nak pesan kalau dah mula berjinak-jinak dengan sukan berlari, jangan berhenti sebaiknya terus buat dua minggu sekali untuk gaya hidup yang sihat.