Fokus isu pendidikan, kos sara hidup rakyat
Iklan
GOOI Zi Sen atau lebih mesra dengan panggilan Daniel Gooi merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP di Pulau Pinang sejak 2018. Berusia 36 tahun, beliau merupakan ADUN paling muda ketika dicalonkan sebagai ADUN Pengkalan Kota.
Bagi penggal kedua, Daniel Gooi kini merupakan ADUN Padang Lalang selain diberi tanggungjawab sebagai Exco Kesihatan, Belia dan Sukan. Selain bertekad untuk memacu Pulau Pinang ke arah negeri yang lebih baik dengan memperbaiki masalah kesesakan lalu lintas, Daniel Gooi juga mempunyai azam untuk memperkasakan lagi aktiviti sukan. Ikuti wawancara eksklusif wartawan Sinar Harian, SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI bersama Daniel Gooi menerusi ruangan Agenda YB pada kali ini.