Arsenal tewaskan Liverpool

Iklan
Aksi van Dijk ketika berdepan Arsenal di Stadium Emirates pada Isnin. Foto: Agensi

ARSENAL kembali menyemarakkan perlumbaan kejuaraan Liga Perdana Inggeris setelah menewaskan pendahulu Liverpool 3-1 di Stadium Emirates untuk tempat kedua sekali gus mengurangkan jurang kepada dua mata pada Isnin.

Arsenal berhak mendapat mata yang melonjakkan kelab London itu di atas penyandang juara Manchester City walaupun mereka tidak menjangkakan bantuan Virgil van Dijk dan Alisson yang membolehkan Gabriel Martinelli memacu kedudukan pada minit ke-67.

Iklan
Iklan

Pemain gantian The Gunners, Leandro Trossard kemudian mengembirakan penyokong-penyokong setia Emirates apabila memastikan tiga mata pada minit ke-92.

Bukayo Saka sebelum itu memberikan Arsenal pendahuluan awal minit ke-14, namun gol sendiri Gabriel minit ke-48 membatalkan usaha gigih anak buah Mikel Arteta sepanjang separuh masa pertama.

Iklan

Situasi lebih parah ketika skuad kendalian Jurgen Klopp menuju kekalahan liga kedua musim ini, kedua-duanya di utara London, kekecewaan Liverpool memuncak apabila Ibrahima Konate diarahkan keluar padang pada minit ke-88 untuk kad kuning kedua selepas mengasari Kai Havertz.

Pemburuan kejuaraan liga Arsenal semakin mengendur awal tahun ini, namun kemenangan ketiga berturut-turut mengangkat kelab utara London ke tangga kedua dengan 49 mata berbanding Liverpool 51 dengan kedua-dua kelab telah bermain 23 perlawanan.

Iklan

Manchester City, yang akan berdepan Brentford pada Selasa, mempunyai 46 mata daripada 21 perlawanan.

"Ia adalah hari yang sukar...Saya bertanggungjawab sepenuhnya untuk gol 2-1, ia adalah titik perubahan besar. Ia menyakitkan untuk saya dan seluruh pasukan,” kata Van Dijk.

Sementara itu, Klopp mengucapkan tahniah kepada pasukan tuan rumah dalam perlawanan tersebut.

"Tahniah kepada Arsenal. Kami tidak cukup bagus hari ini. Ia menunjukkan pemain Liverpool hanya manusia biasa," kata Klopp.