Arsenal kembali bersemangat rebut trofi EPL - Arteta

Iklan
Martinelli (kanan) meraikan jaringan kedua Arsenal ketika menentang Liverpool. Foto AFP

MIKEL Arteta memuji kemenangan penting Arsenal 3-1 ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool yang membantu The Gunners untuk mencerahkan peluang mereka merebut kejuaraan liga.

Skuad kendalian Arteta itu berada di tempat kedua, dua mata di belakang Liverpool selepas persembahan cemerlang di Stadium Emirates pada Isnin.

Iklan
Iklan

Selepas mendahului awal menerusi Bukayo Saka, Arsenal diikat kembali pada lewat separuh masa pertama menerusi jaringan sendiri Gabriel Magalhaes.

Tetapi Liverpool, memberikan Arsenal gol mudah selepas rehat apabila penjaga gol, Alisson Becker meluru keluar namun gagal mendapatkan bola dan Van Dijk juga gagal bertindak tepat pada masanya apabila Gabriel Martinelli menolak masuk bola ke gawang kosong.

Iklan

Liverpool mendapat tamparan hebat apabila Ibrahima Konate dibuang padang sebelum jaringan Leandro Trossard pada masa kecederaan memberikan tiga mata berharga kepada Arsenal.

Arteta menegaskan mereka telah membuka peluang untuk merebut kejuaraan dengan tiga mata yang bernilai itu.

Iklan

"Kami memanfaatkan peluang dan ia seperti kemenangan besar. Pada masa ini Liverpool mungkin pasukan terbaik di Eropah dan tahap yang mereka ada, mereka adalah pasukan yang luar biasa.

"Kami telah melangkah sejauh ini dan kini kami perlu melakukannya secara konsisten. Liverpool telah melakukannya selama enam hingga tujuh tahun.

"Ia memberi kami momentum dengan cara kami melakukannya. Saya sangat teruja," katanya.