Reman Inspektor kes rogol peniaga kosmetik dilanjutkan

Iklan
Suspek tiba di mahkamah dengan memakai penutup muka dan kepala.

TUMPAT - Tempoh reman ke atas seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor yang dipercayai merogol jurujual kosmetik dalam talian minggu lalu, dilanjutkan oleh Mahkamah Majistret di sini, sehingga Selasa.

Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi membenarkan tempoh lanjutan itu dibuat terhadap suspek yang berusia 38 tahun.

Iklan
Iklan

Semasa prosiding berlangsung, peguam, Mohd Firdaus Zainal Abidin yang mewakili pegawai polis itu, memohon tempoh paling minimum diberikan kepada anak guamnya.

Inspektor (tengah) dikawal ketat polis ketika tiba di mahkamah.

Mahkamah kemudian membenarkan lanjutan selama sehari bagi membolehkan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Iklan

Sebelum itu, pegawai polis berkenaan tiba di mahkamah dengan memakai jaket yang menutup muka dan kepalanya.

Suspek sampai dengan menaiki kereta peronda polis pada jam 8 pagi sebelum keluar dari mahkamah itu dengan menaiki kenderaan sama pada jam 10 pagi.

Mahkamah Majistret Tumpat.

Iklan

Akhbar sebelum ini melaporkan, suspek ditangkap kerana dipercayai merogol mangsa yang berusia 23 tahun ketika dipanggil sebagai saksi untuk siasatan kes berkaitan pemerasan gambar lucah melibatkan rakan mangsa pada jam 7 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.

Suspek direman kali pertama selama tujuh hari dan berakhir pada Isnin.