Replika naga

Iklan
Replika naga dibina di Kampung Warisan Kebudayaan Pertubuhan Kebajikan San Sheng di sini bagi meraikan Tahun Naga sempena Tahun Baharu Cina yang disambut Sabtu ini.

Replika naga sepanjang 30 kaki dan tinggi tiga meter itu dibina dari bahan-bahan kitar semula seperti papan iklan lama, botol air, penutup-penutup botol, kayu dan wayar yang mengambil masa dua bulan.

Sebanyak sepuluh pintu dibina di bawah perut naga sebagai simbolik kepada tahun kesepuluh Kampung Warisan Kebudayaan Pertubuhan Kebajikan San Sheng ini diiktiraf kerajaan negeri sebagai lokasi pelancongan sejak 2014.

Panjang ukuran hiasan naga itu juga merupakan simbolik kepada usia 30 tahun lokasi pelancongan berkenaan yang berpindah dari tempat lama.